AZAZIL LEBIH DIKENALI SEBAGAI SYAITAN
mari kita kenali musuh kita yang nyata yakni Syaitan.
Syaitan
adalah makhluk ciptaan Allah daripada Api berwarna biru. dulunya
sebelum diciptakan Adam A.s, namanya Azazil duduk dikalangan
malaikat-malaikat. akibat tidak mahu sujud hormat kepada nabi Adam A.s.,
Azazil dilaknat Allah SWT . Dia bersumpah akan menyesatkan umat manusia
supaya berpaling dari kebenaran.
dan
dia telah menyusun misi untuk mengumpul sahabat-sahabat yang akan
bersamanya nanti di dalam neraka. Misi menyesatkan manusia. Dan misi itu
pastilah berbentuk satu PENIPUAN.
(Syaitan telah menipu nabi Adam A.s supaya memakan buah larangan semasa di dalam syurga sebelum dia dicampak ke bumi bersama nabi Adam dan hawa...)
maka
dari zaman bermulanya tamadun manusia, Syaitan telah menyesatkan umat
manusia. Menipu dan terus menipu. Dia menjelma dan mengatakan dirinya
tuhan dan dewa. menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk. dari rupa-rupa
yang elok hingga yang buruk dan pelik.
maka
sebab itulah terwujudnya agama-agama banyak tuhan dari zaman dahulu
lagi. kalau kita belajar sejarah, kita akan dapati banyak daripada
tempat-tempat yang dibina oleh orang zaman dulu adalah tempat ibadat
untuk menyembah dewa dan tuhan. seperti stonehenge, piramid, chandi dan
sebagainya. ada tempat ibadat yang terbuka dan ada yang dibina di dalam
gua-gua atau binaan.
Mungkin
ramai dari kita yang agak keliru dengan istilah Syaitan,Jin, Qarin,
Ifrit dan sebagainya. Adakah mereka makhluk yang berbeza-beza?
Aku
sendiri pun keliru jugak..tapi lepas aku dengar ceramah ustaz Ismail
Kamus, (yang terkenal dengan perubatan Islam tu..) baru aku dapat
penjelasan yang betul.
menurut ustaz Ismail Kamus, mereka semua adalah makhluk yang SAMA. yakni anak cucu cicit AZAZIL.
kalau diorang semua adalh makhluk yang sama, kenapa diberikan nama lain-lain?
macamni.. nama-nama tu diberikan sebab nak membezakan golongan-golongan yang berlainan.
SYAITAN adalah nama untuk golongan yang JAHAT. golongan yang masih meneruskan misi Datuk moyangnya yakni Azazil.
JIN pulak golongan yang mungkin sudah memeluk islam dan tidak meneruskan misi.
IFRIT adalah golongan gengster atau puak-puak yang sombong.
QARIN pulak adalah jin yang lahir bersama dengan kita. kembar kita. tugasnya menghasut kita supaya membuat kejahatan dan maksiat.
(perkataan JIN bermaksud 'benda yang tak nampak'. samalah dengan perkataan 'JANNAH' -syurga. benda yang tak dapat dilihat.)
diorang ni semua makhluk yang sama. makhluk yang diciptakan dari api yang berwarna biru dan tidak berasap. diorang semua berkongsi misi yang sama iaitu menyesatkan manusia.

(apakah dia Api biru yang tidak berasap itu ? Elektrik...? mungkin..)
dari zaman dulu lagi, selain dari mengaku diri mereka sebagai tuhan dan dewa, Syaitan juga telah mengajarkan manusia ilmu-ilmu Sihir.
atau black Magic. semua umat manusia dari semua ceruk zaman telah
dilintasi oleh syaitan.Termasuk zaman nabi Allah Daud, Sulaiman, Musa,
Isa A.s, dan juga nabi kita Muhammad SAW . dulu hingga kini.
Syaitan juga menjadi 'belaan' ramai dari umat manusia. manusia yang menggelarkan diri mereka bomoh dan boleh mengubati sebarang penyakit.
kalau di negara kita, golongan ini adalah golongan yang kita panggil membela atau mempunyai SAKA. golongan yang berdamping dengan JIN dan menjadi bomoh atau doktor perubatan ghaib. dan saka ni pulak, menjadi warisan turun temurun dari nenek moyang hingga anak cucu.
JIN
yang berdamping dengan manusia yang membantu manusia untuk mengubati
pelbagai sakit pastilah mempunyai satu misi yang sama. Misi menyesatkan
manusia.Kerana, apabila manusia sudah bergantung dan mengharap padanya
untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, maka manusia itu tidak lagi
meletakkan tauhid kepada Allah yang menyembuhkan penyakit. Maka secara
automatiknya AKIDAH manusia itu pun terpesong. manusia itu menjadi SYIRIK.
maka berjayalah Syaitan itu menyesatkan manusia!
(Genie dalam cerita Aladdin yang berwarna BIRU... dia berkawan dengan Aladdin dan rela menunaikan hajat..)
Dia sanggup digelarkan apa sahaja, kawan, khadam, belaan, saka, hantu raya, asalkan misi dia tercapai.
Dia
juga sanggup MENIPU apa sahaja, - Jin Islam, rijalun ghoib (lelaki
ghaib-kononnya zaman dahulu telah dihilangkan dari pandangan akibat
melakukan dosa) asalkan impian dan hasrat mereka menyesatkan manusia
termakbul.
(Fallen Angels..inilah perkataan yang sering digunakan. 'malaikat yang dihalau'.. Syaitan dikatakan sering merupa sebagai seorang perempuan..kerana Syaitan tidak mempunyai jantina..)
SYAITAN adalah makhluk yang kerjanya 24 jam MENIPU. so, kalau dia mengaku dirinya telah bertaubat, kita tak boleh pasti cakap dia betul.
sebab selalunya dia menipu. itulah sebabnya pendapat ulama' ada 2
tentang Qarin nabi Muhammad SAW. Ada ulama' cakap Qarin nabi Muhammad
SAW masuk Islam dan ada jugak ulama' cakap Qarin nabi tidak masuk Islam
tetapi berjaya ditundukkan. Qarin nabi hanya menyuruh melakukan kebaikan
sahaja.
Maka ramailah manusia yang ditipu. dari perubatan hingga Silat, semua ada menggunakan 'khadam'...
Gejala SAKA dan membela Jin ni jangan kita sangka hanya terdapat di negara kita saja, ianya ada di seluruh dunia. tapi dengan cara dan istilah yang lain-lain.
Golongan Syaitan dan Jin ini mempunyai masyarakat yang sama macam manusia. ada golongan pemimpin dan ada jugak golongan rakyat.
yang biasa-biasa sampai yang ada nama dan bangsawan. kalau dia duduk di
Malaysia, maka dia akan bercakap melayu, kalau duduk Amerika maka dia
cakap english. cuma dia ni tak ada bangunan dan rumah, dia menumpang
dengan rumah manusia. dan golongan rakyat akan berdamping dengan
golongan rakyat manusia, golongan pemimpin akan berdamping dengan
golongan pemimpin manusia.
golongan
rakyat akan mengajar manusia ilmu-ilmu sihir di pasar-pasar dan
kampung, dan golongan pemimpin akan mengajar manusia memimpin dunia
dengan agenda-agenda yang besar. golongan Elit.
golongan
elit ini adalah golongan yang sudah aku ceritakan dalam artikel
sebelum-sebelum ini. mereka yang mentadbir dunia dengan petunjuk Syaitan
dan menggunakan teknologi untuk menyesatkan semua manusia. mewujudkan
sistem kehidupan yang dikatakan standart. mereka yang menjalankan misi
jahat merosakkan umat Islam secara halus,mereka yang menyembah Syaitan
secara terang-terangan.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan